Latar belakang Penaklukan_Goa_(1510)

Sebuah meriam yang dipercayai berasal dari Portugis di Goa, India. Kaliber: 95mm, panjang: 2880mm. Ia telah dieksport ke Jepun dan digunakan pada zaman Oda Nobunaga.

Albuquerque pertama kali tiba ke Goa bersama-sama laksamana beliau, António de Noronha pada bulan Februari 1510.[4] Albuquerque berjaya memasuki kota ini pada 17 Februari 1510, dengan sedikit tentangan.[4]

Sebuah pasukan Muslim kemudian tiba untuk menakluk semula Goa.[4] Terkepung, Portugis kemudian akhirnya meninggalkan Goa pada 30 Mei 1510. Goa kembali ke pangkuan bekas pemerintahnya, Ismail Adil Shah, seorang raja Muslim dari Bijapur.[4][5]

Albuquerque berlayar dari Cannanore (ibukota Kolathunad) dan tiba tiga bulan kemudian, pada 25 November, dengan sebuah armada yang kuat, terdiri dari 34 buah kapal, 1500 orang tentera Portugis dan 300 orang Malabar.[4] Beliau kemudian bersatu dengan pasukan Thimayya di Honavar.[4] Albuquerque bimbang akan persekutuan di antara Goa dan Gujarat, Zamorin dari Calicut dan Mamluk dari Mesir.[4]

Albuquerque kemudian dapat menawan kembali Goa dalam masa kurang dari sehari, dari Ismail Adil Shah dan sekutu Uthmaniyyah beliau, yang mana menyerah diri pada 10 Disember. Albuquerque telah menakluk Goa tanpa arahan dari raja, dan telah ditentang oleh para kepten beliau. Raja kemudian mencabar penempatan Portugis di Goa, tetapi majlis fidalgo akhirnya mengesahkan penawanan ini, di sebalik kemurkaan raja.[1] Walaubagaimanapun, kedudukan strategik Goa memperkuatkan kehadiran Portugal di India.[1]

Portugal masih ragu akan kedudukan mereka di India, sepertimana pada tahun 1542 dan 1570 di mana mereka bertelagah sama ada patutkah mereka meninggalkan Estado da India bagi menumpukan perhatian ke atas penaklukan Morocco.[1]